jump to navigation

Asas compound interest – Part 2 Februari 6, 2009

Posted by mrridzuan in Asas compound interest.
add a comment

Contoh 1

Anda baru dapat APC(anugerah perkhidmatan cemerlang) daripada majikan dan wang imbuhan RM1,000 yang anda dapat, anda laburkan ke unit trust X yang memberi 7% pulangan dividen setiap tahun. Setelah cukup setahun, cukup tempoh matang, anda ada 1,000 + 70 div income (1,000 x 7%). Sekarang anda ada baki baru iaitu 1,070.

Penghujung tahun kedua, berbekalkan 1,070 tadi, anda memperoleh 74.90 div income (1,070 x 7%). Jadi, baki baru anda, 1,144.90

Dengan compounding, dividen income yang anda dapat telah meningkat daripada 70 ke 74.90

Ambil calculator dan teruskan calculation untuk tahun2 berikutnya…

Tahun ke 3 : 1,144.90 + 80.14 div income (1,144.90 x 7%) = 1,225.04

Tahun ke 4 : 1,225.04 + 85.75 div income (1,225.04 x 7%) = 1,310.79

Tahun ke 10 : 1,838.46 + 128.69 div income (1,838.46 x 7%) = 1,967.15

Tambah semula dividen yang anda dapat dengan modal awal and let the money grow automatically, year by year.. Ini asas compounding.

Asas compound interest – Part 1 Februari 6, 2009

Posted by mrridzuan in Asas compound interest.
add a comment

‘Compound interest was the greatest mathematical discovery ever made’

-Albert Einstein-

‘Life is like a snowball. The important thing is finding wet snow and a really long hill’

-Warren Buffett-

Anda pernah dengar pasal ASB, mutual fund(Public Mutual, CIMB wealth), saham KPF(Koperasi Permodalan Felda), dan instrumen2 pelaburan lain?

Adakah anda memiliki sebarang pegangan/unit saham di dalam salah satu instrumen pelaburan di atas?

Tahukah anda ke mana wang hasil titik peluh anda itu dilaburkan oleh fund2 manager?

Saya tahu soalan ini agak skeptical.

Saya pasti semua tahu kewujudan instrumen2 ni. Namun percayalah, cuma segelintir yang benar2 nak ambil tahu secara fundamental mengenai pelaburan yang sudah mereka lakukan. Bagaimana dana2 itu di diversified, berapa dividen+bonus yang mereka dapat setiap kali peratusan untung diumumkan, apakah efek kemerosotan ekonomi ke atas portfolio2 mereka, ‘ade service charge ke?’, dan lain2 lagi..

‘Yela, kita dah bagi duit, pandai2 la dorang nak labur mane pon. Janji tiap2 tahun dapat bonus boleh gi draw buat bayar insuran kete, bwk family pegi makan angin, dll’ – situasi ini sangat tipikal..

Saya bukan ingin menyuruh anda menggali dalam2 pergi ke PNB tanya segala macam soalan kepada manager mengenai ASB. Saya juga bukan ingin mempengaruhi anda melabur dalam portfolio2 ini. Jauh sekali ejen. Saya bukan ejen yang mengambil sebarang komisyen..

Maaf kerana pengenalan yang agak panjang. Saya hanya ingin kongsi mengenai COMPOUND INTEREST (bunga kompaun kot dlm BM). Lupakan sejenak Bunga Cinta Lestari dan Bunga2 Cinta… Bunga(interest) adalah bunga yang telah MENGHANTUI hidup setiap individu sejak azali.

Kenapa saya cakap MENGHANTUI? Ok. Ambil sehelai kertas dan kalkulator. Kira secara kasar berapa banyak bunga(interest) yang anda terima(income) setiap tahun daripada dividen ASB, simpanan tetap, saham…

Kira2.. Saya tunggu.

Selesai?

Dan sekarang, secara kasar, kira pulak berapa INTEREST yang anda bayar tiap2 bulan untuk membayar ansuran rumah, kereta, kad kredit, courts mammoth, ah long, dll…..

……………

Mmm… cukuplah. Saya tahu anda masih mengira. Kalau anda menghadapi masalah untuk mengira INTEREST yang anda tanggung, anda sedang DIHANTUI tanpa sedar. Terima hakikat… segelintir kita sebenarnya tidak berapa ambil berat… ‘dah bayar capital, interest tu skali la tu’… – sekali lagi, ini sangat tipikal..

Yang pasti bagi sebahagian besar manusia2, interest expense > interest income, dengan banyaknya. Cukuplah prakata ini, izinkan saya membuka lembaran baru mengenai COMPOUND INTEREST ni sebab dah panjang sangat plak gua membebel… hehe.